Saturday, November 20, 2010

Produk-Produk Susu Kambing

Tablet Susu Kambing


HR Lipstick Series


SpyHRu Coffee


Delicious Flavors
Coffee Tablet


HR Perfume
Body Powder for HER


HR Perfume
Body Powder for HIM


HR Skin Care Series


HR Pimple Serum


HR Skin Renew


HR Compact Powder


HR Perfume Series
Kemaskini :29/08/2010

Promosi
Sijil Simpanan Premium


Promosi
Khairat Kematian
dan
Kebajikan
Kemaskini :29/08/2010

HOT PRODUCT
PESANAN & PEMBELIAN PRODUK HR SECARA ONLINE

Sesiapa sahaja boleh memesan produk HR secara online melalui kami tidak kira sama ada anda ahli HR atau bukan ahli. Setiap ahli HR akan mendapat Nilai Mata (PV) bagi setiap pembelian yang dilakukan. Untuk membuat pesanan produk HR, sila ikuti langkah ini:

1. Hubungi Khadijah Md.Daud @ Ruahani (Stokis):

a) Telefon bimbit: 0174243266 (Khadijah) atau 0195428644 (Ruahani),043976155 (0ffice)
b) E-mail: hrgroup2u@yahoo.com.my
c) Sila nyatakan butiran maklumat seperti berikut:

1. Nama Anda
2. No. ahli HR (jika ada) atau No. KP
3. Produk dan Kuantiti
4. Alamat Penghantaran
5. No. Telefon Anda
6. Tarikh, Masa Bayaran dan Jumlah Bayaran
7. Akaun dimasukkan i.e. Maybank atau CIMB
8. Cara Penghantaran: Pos atau COD (cash on delivery)

*Jika anda ahli HR tetapi belum mendapat no ahli, sila berikan no. kad pengenalan anda.


2. Kos Penghantaran Produk:

Harga produk yang tertera dalam web ini (laman produk) tidak termasuk kos penghantaran.

Selepas butiran maklumat dihantar oleh pembeli, kami akan maklumbalas dengan kos penghantaran yang perlu dibayar oleh pembeli sebelum bayaran boleh dibuat.


3. Kaedah Bayaran:

1) Secara Online atau Bayaran Secara Tunai Manual Melalui Mesin ATM pada akaun-akaun seperti berikut:

CIMB (BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BERHAD)
Nama Pada Akaun: Khadijah Bt Md Daud
No. Akaun:0705-1172027-52-8


4. Penghantaran Produk:

Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran produk HR kepada anda melalui:

a) Pos laju.
Caj tambahan sebanyak RM2 (Kos Pembungkusan) akan dikenakan atas setiap jenis penghantaran yang dipilih. Sila lihat contoh seperti di bawah:

Jenis Penghantaran : Pos Laju Semenanjung Malaysia (Next Business Day)
Jumlah Berat : ~ 4 kg (Pakej RM230)
Caj Pos Laju untuk 2 - 2.5 kg : RM16.00
Caj Pos Laju untuk 0.5kg berikutnya : RM2.00
Caj Tambahan Pembungkusan: RM2

Contoh Jumlah Kos Penghantaran (4kg) : RM24.00


 b) Pos biasa
Caj tambahan sebanyak RM2 (Kos Pembungkusan) akan dikenakan atas setiap jenis penghantaran yang dipilih. Sila lihat contoh seperti di bawah:

Jenis Penghantaran : Pos Biasa Semenanjung Malaysia (3 – 4 hari bekerja)
Jumlah Berat : ~ 4 kg (Pakej RM230)
Caj Pos Biasa untuk 1kg : RM2.50
Caj Pos Biasa untuk 1kg berikutnya : RM1
Caj Tambahan Pembungkusan: RM2

Contoh Jumlah Kos Penghantaran (4kg): RM7.50
c) Atau penghantaran secara Tunai/COD (cash on delivery).
Penghantaran secara COD ini hanya dilakukan untuk anda yang berada di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Untuk penghantaran secara COD, kos penghantaran dikenakan bergantung kepada budi bicara pengedar. Pengedar yang hampir dengan lokasi anda mungkin tidak mengenakan caj penghantaran.

Klik di sini untuk melihat senarai pengedar/stokis kami.

d) Bagi pembelian produk melebihi RM3000, kos penghantaran adalah PERCUMA. Ini adalah bagi mereka yang membeli pakej stokis dan ingin menjadi stokis di bawah tajaan kami. Hubungi Khadijah Md Daud untuk maklumat lanjut.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

HR Marketing Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.
 

  • Misi syarikat adalah penglibatan secara aktif dalam dunia perubatan tempatan bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin terhadap aspek penjagaan diri dan kesihatan dengan bantuan barangan kosmetik dan produk kesihatan buatan Malaysia.
  • Visi syarikat adalah untuk mengorak langkah ke arah merealisasikan matlamat sebagai salah satu agensi yang prihatin dalam penjagaan diri dan kesihatan dengan menghasilkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing seterusnya memperkenalkan barangan kosmetik pertama syarikat iaitu Sabun Susu Kambing HR.  
  • Objektif syarikat adalah untuk menjadi agen pemasaran unggul yang menghasilkan dan memasarkan pelbagai barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen hasil formula, inovasi dan inisiatif HR Marketing Sdn. Bhd. 
  • Aspirasi kami pendukung syarikat adalah sokongan padu dari pihak yang berkaitan dan masyarakat seluruhnya dalam memberikan kepercayaan dan dorongan kepada kami memajukan syarikat seterusnya memantapkan taraf barangan penjagaan diri dan kesihatan buatan Malaysia.

     
AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT

Hashim bin Jahaya
Pengerusi Eksekutif

 








Ismail bin Haji Awang

Pengarah


 







PEJABAT BERDAFTAR & PEJABAT OPERASI

44 Jalan Pegawai
05050 Alor Star
Kedah Darul Aman

PROMOSI KEAHLIAN

Semenanjung Malaysia:

1a.Pakej Keahlian Biasa (A) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
1b.Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM9 (Kos Penghantaran)
2a.Pakej Keahlian Higoat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
2b.Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM230 + RM12 (Kos Penghantaran)
3.Pakej Stokis >RM3000 atau >1500PV (PERCUMA Kos Penghantaran)


Sabah dan Sarawak:
1.Pakej Keahlian Biasa - RM60 + RM12 (Kos Penghantaran)
1b.Pakej Keahlian Biasa (B) - RM50 + RM12 (Kos Penghantaran)
2a.Pakej Keahlian Higoat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
2b.Pakej Keahlian Keluarga Sihat - RM265 + RM22 (Kos Penghantaran)
3.Pakej Stokis >RM3000 atau >1800PV (PERCUMA Kos Penghantaran)

SEJARAH SUSU KAMBING

NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.


NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.


NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.


Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

Dinasti China
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

Hindu
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
-Meningkatkan Daya Ingatan
-Ketahanan Badan
-Amalan Perubatan

INFO SUSU KAMBUNG


Kebaikan Susu Kambing:-
SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
-Tidak menyebabkan alahan
-Membantu sistem imunisasi tubuh
-Bersifat alkali
-Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
-Membantu sistem penghadaman
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = 
 penyebab utama alahan.
-Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  > Protein 2.1 kali ganda
  > Kalsium 2.2 kali ganda
  > Zat Besi 2.0 kali ganda
  > Potasium 2.1 kali ganda
  > Vitamin A 3.8 kali ganda
  > Garam Galian 2.0 kali ganda
  > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
-Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding 
 dalam susu lembu
-Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu
 lembu
-Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding
 susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
-Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
Khasiat Susu Kambing

“Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia”. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir
sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino essensial :-

Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang
masuk ke dalam tubuh) Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ &
pundi diperbuat daripada protein)
 


“Gabungan kalsium & Phosporos = Calciumphosphate - komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.”

Kandungan kalsium & phosporos dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:-


- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan pengumpalan darah
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal degupan jantung
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Menurunkan tekanan darah
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu mencegah penyakit gusi dan
keretakan akibat tekanan

“Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan”

Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu
lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser - Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon

 

58%, kanser prostat 63% dan purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.

“Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45”

Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.

Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan
dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.